SPRM nafi ‘Datuk Justin’ tak pernah terima notis hadir bantu siasatan

24 Jul 2023 • 5:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ yang mendakwa tidak pernah menerima notis untuk hadir membantu siasatan.

SPRM berkata pihaknya itu telah berusaha mengesan Ketua Pegawai Eksekutif Sersol Bhd Justin Lim Hwa Tat termasuk ke dua kediamannya di Kuala Lumpur 26 Jun lalu untuk menyerahkan notis berkenaan namun didapati salah sebuah premis tersebut telah dijual manakala satu lagi tidak dihuni.

“Pada tarikh sama, SPRM juga telah pergi ke pejabatnya di Kuala Lumpur dan Johor namun Justin tiada di lokasi tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, hasil semakan SPRM dengan Jabatan Imigresen, didapati Justin telah meninggalkan negara ini pada Februari lalu dan tiada rekod masuk kembali ke negara ini.

SPONSORED CONTENT A&W poised for rapid growth in Sabah Kota Kinabalu: A&W is geared to become the leading Quick Service Restaurant (QSR) chain in Sabah, with its strong re-entry into Sabah with the opening of the first outlet in Inanam in November 2022. Read more “Sehubungan itu, SPRM telah mengeluarkan kenyataan media pada 12 Julai 2023 yang lengkap dengan nombor telefon serta emel pegawai penyiasat bagi mengesan Justin dan kenyataan itu merupakan notis yang rasmi dan sah,” katanya.

SPRM juga bersedia untuk menerima sebarang tindakan undang-undang daripada Justin dalam hal itu, namun menegaskan ketua pegawai eksekutif Sersol Bhd itu perlu terlebih dahulu tampil memberi kerjasama dengan suruhanjaya ini berkaitan siasatan kes berkenaan.

Semalam, Justin yang sedang dikesan SPRM mendakwa dirinya tidak pernah menerima notis untuknya hadir membantu siasatan.

Justin berkata masih belum menerima notis daripada SPRM yang memerlukannya hadir untuk direkod keterangan mengikut Seksyen 30 Akta SPRM 2009.

Malah, beliau mendakwa, tiada percubaan oleh SPRM untuk memberikan notis yang dinyatakan itu di tempat kerja atau kediamannya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.