SPRM nafi dua pegawai kanan dalang rasuah korporat

28 Mar 2023 • 3:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dua pegawai kanannya dalang dalam isu rasuah dan salah guna kuasa melibatkan syarikat korporat.

Menerusi kenyataan pada Selasa, SPRM yakin perkara tersebut merupakan tohmahan liar serta tidak bertanggungjawab yang sengaja dilemparkan kepada pegawai suruhanjaya itu bagi menimbulkan persepsi negatif.

Ujar SPRM, kedua-dua pegawai tersebut telah dipanggil untuk memberikan penjelasan dan mereka seterusnya membuat laporan polis untuk menyangkal tohmahan tersebut.

"Namun begitu, sekiranya wujud bukti, pihak berkaitan harus tampil membuat aduan atau laporan kepada penguat kuasa dan bukan membuat tohmahan menerusi media sosial yang berselindung di sebalik identiti palsu," kata SPRM.

Tegas suruhanjaya itu, pihaknya tidak membuka kertas siasatan sewenang-wenangnya tanpa bukti dan fakta.

"Setiap siasatan yang dijalankan adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan serta dipantau oleh lima badan pemantau bebas," katanya.

Berdasarkan prinsip pengasingan kuasa, Pejabat Peguam Negara (AGC) berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang bagi memastikan hanya kes yang mempunyai bukti dan fakta kukuh diberikan izin untuk mendakwa mengikut budi bicaranya.

Dalam pada itu juga, SPRM juga tidak akan tunduk kepada tekanan oleh mana-mana pihak untuk mengalihkan perhatian daripada kes rasuah dan penyelewengan yang sedang giat disiasat ketika ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved