SPRM Nafi Keluar Kenyataan Siasat KPPA Berkaitan Isu Rasuah

LocalPolitics
24 Aug 2023 • 5:58 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
SPRM. - gambar fail

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan telah mengeluarkan kenyataan bertarikh 23 Ogos 2023 berhubung siasatan rasuah membabitkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) seperti yang tular di media sosial.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan mengeluarkan kenyataan palsu seperti itu ternyata berniat jahat dan mengelirukan orang ramai.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta agar tidak menyebarkan dan berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” menurut kenyataan itu.

Semalam, tular di media sosial satu kenyataan bertajuk SPRM Siasat Dakwaan Rasuah Melibatkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Bin Mohamed kononnya dikeluarkan oleh suruhanjaya itu. - BERNAMA