SPRM sambung rekod keterangan pegawai pengurusan tertinggi ATM

LocalPolitics
12 Jan 2026 • 9:21 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki

PUTRAJAYA - Pegawai pengurusan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berkaitan salah guna dana disambung rakam keterangan pada Isnin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pegawai itu telah dilepaskan pada tengah malam tadi (Ahad).

"Dijangka jam 10 pagi ini akan dipanggil semula untuk sambung rakam keterangan," katanya pada Isnin.

Pada Ahad pegawai terbabit telah dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam jam 11 pagi untuk melengkapkan siasatan berhubung isu salah guna dana.

Media tempatan sebelum ini melaporkan seorang pegawai pengurusan tertinggi ATM disiasat SPRM dan akan dituduh dalam masa terdekat berkaitan isu rasuah.

Azam dilaporkan berkata, siasatan membabitkan individu terbabit sudah sampai ke penghujung dan jika dipersetujui Peguam Negara, pegawai pengurusan tertinggi terbabit akan dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan.