SPRM Sarawak Tahan Penjawat Awam Di Miri Disyaki Terima Rasuah Bernilai RM65000

16 Jun 2024 • 8:57 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Terlibat dengan rasuah bersama sebuah syarikat

SPRM Sarawak Tahan Penjawat Awam Di Miri Disyaki Terima Rasuah Bernilai RM65000. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak telah menahan reman seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM65,000 dari sebuah syarikat pembekalan barangan di negeri tersebut.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia sekitar 40-an itu telah ditahan kira-kira 9 pagi semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sarawak.

image is not available
SPRM Sarawak Tahan Penjawat Awam Di Miri Disyaki Terima Rasuah Bernilai RM65000. Sumber: Astro Awani

Susulan penahanan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Miri dan perintah reman selama empat hari bermula semalam sehingga 19 Jun 2024 terhadap suspek telah dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Helmi Ahmad Jani.

Suspek ditahan untuk disiasat

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki terlibat memperoleh suapan dari sebuah syarikat pembekalan barangan bagi Program Bantuan Geran semasa bertugas di salah sebuah bandar di Sarawak sekitar tahun 2019 hingga 2022,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah SPRM Sarawak, Tuan Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Baca lagi artikel menarik: