SPRM Sedang Jejaki Adam Radlan, Bantu Siasatan Kes Projek Mex 2

LocalPolitics
15 Nov 2025 • 2:03 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad bagi membantu siasatan kes rasuah yang masih berjalan.

image is not available

Alamat terakhir Adam Radlan di Sri Hartamas

Memetik laporan daripada Sinar Harian, SPRM menyatakan, lelaki berusia 44 tahun itu mempunyai alamat terakhir di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Sharan Raj Govindasamy di talian 014-3560771 atau emel kepada sharanraj@sprm.gov.my,” kata kenyataan tersebut.

 

image is not available

Baru dibebaskan 20 Ogos lalu

Sebelum ini, pada 20 Ogos, Adam Radlan dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram selepas membayar kompaun berjumlah RM4.1 juta.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Suzana Hussin selepas Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh, memaklumkan bahawa SPRM bersetuju menawarkan kompaun berkenaan kepada tertuduh.

Sumber: Sinar Harian (Adam ismadi Ismail)

The post SPRM Sedang Jejaki Adam Radlan, Bantu Siasatan Kes Projek Mex 2 appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved