SPRM Siasat Penggunaan RM700 Juta Bagi Promosi Kerajaan 2 PM Terdahulu

LocalPolitics
3 Jan 2024 • 10:22 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Pada minggu lalu, hangat di media sosial ciapan yang dibuat oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengenai perbelanjaan sebanyak RM700 juta bagi iklan dan publisiti yang didakwa digunakan oleh dua kerajaan terdahulu.

Menurut Fahmi, rakyat berhak tahu sama ada ia direkod dengan baik atau terdapat perkara yang menyalahi undang-undang kerana jumlahnya yang amat besar.

SPRM Jalankan Siasatan Awal

Ekoran daripada ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan siasatan awal berhubung penggunaan peruntukan RM700 juta itu.

Menurut Sinar Harian yang memetik sumber, perbelanjaan itu digunakan bagi menghebahkan pencapaian kerajaan sepanjang tempoh tahun 2020 hingga 2022 ketika pentadbiran oleh dua orang Perdana Menteri.

SPRM dikatakan telah hadir ke Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi menjalankan siasatan, mengumpulkan maklumat serta mendapatkan dokumen berkaitan semalam (2 Januari).

“Siasatan tersebut dibuat berdasarkan maklumat awal sebagaimana dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran pada November tahun lalu.

“P Prabakaran meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah keseluruhan yang dibelanjakan kerajaan untuk kerja promosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaian kerajaan.

“Pemakluman itu dibuat menerusi semua platform media massa termasuk media cetak, media digital serta televisyen sepanjang tahun sejak 2020 hingga kini,” kata sumber yang dipetik dari Sinar Harian.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan perkara ini namun enggan mendedahkan dengan terperinci mengenai butiran siasatan.

Terdahulu, media turut melaporkan Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM700 juta bagi tujuan pengiklanan, promosi, publisiti serta hebahan pencapaian dan usaha kerajaan sepanjang tempoh 2020 hingga 2022.

Malah, SPRM turut dilaporkan akan memanggil bekas pemimpin tertinggi kerajaan berhubung siasatan membabitkan perbelanjaan tersebut.

Source: