SPRM Siasat Tiga Dalang Kartel Bekal Susu Tepung Bernilai RM120 Juta

LocalPolitics
9 Jul 2025 • 9:55 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang melakukan siasatan terhadap tiga individu yang dipercayai menjadi dalang kartel bekalan susu tepung ke sebuah jabatan kerajaan.

SPRM siasat tiga dalang kartel bekal susu tepung

image is not available

Foto: Berita Harian

Memetik laporan Berita Harian, operasi itu dilaksanakan secara bersepadu bersama dua agensi iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati salah laku jenayah tersebut tidak memenuhi piawaian standard bernilai kira-kira RM120 juta.

Dalam perkembangan sama, semalam SPRM dan dua agensi berkenaan telah melakukan serbuan terhadap tiga kediaman dan sebuah syarikat di ibu negara yang dipercayai menjadi tempat simpanan dokumen.

image is not available

Foto: MyResipi

Difahamkan serbuan untuk menyita dokumen kontrak bekalan susu tepung dikatakan sejak tahun 2019 dan kira-kira sebanyak 80 akaun bernilai RM70 juta turut dibekukan dalam operasi terbabit.

Untuk rekod, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, manakala LHDN pula menyiasat mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967.

Sumber: Berita Harian (Wartawan BH)