SPRM tahan 3 penjawat awam minta rasuah RM12,000 projek turap jalan

10 Jan 2024 • 10:29 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM12,000 daripada sebuah syarikat berhubung kerja penurapan jalan yang tidak mengikut spesifikasi.

Perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 16 Januari 2024 terhadap ketiga-tiga suspek yang berusia sekitar 30-an hingga 40-an dikeluarkan oleh Majistret Atiqah Mohamed selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pagi tadi.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang bekerja di sebuah agensi pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan sekitar jam 7.45 malam semalam ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

"Ketiga-tiga suspek ini meminta dan menerima wang rasuah daripada syarikat berkenaan selepas mendapati kerja-kerja penurapan jalan yang dilaksanakan sekitar April hingga Jun 2023, tidak mengikut spesifikasi sebagaimana ditetapkan.

"Wang rasuah keseluruhannya sekitar RM12,000 kemudian dimasukkan ke dalam akaun peribadi ketiga-tiga suspek sebagai balasan agar kompaun tidak dikeluarkan kepada syarikat berkenaan," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap ketiga-tiga suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – 10 Januari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved