SPRM tahan bekas CEO kemuka dokumen palsu

2 Nov 2023 • 7:49 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkaitan anak syarikat kerajaan negeri Melaka hari ini bagi membantu siasatan membabitkan tuntutan palsu pelupusan kenderaan.

Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad berkata lelaki berusia 46 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Melaka pada 2.15 petang bagi membantu siasatan atas dakwaan mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan dua kenderaan untuk dilupuskan daripada anak syarikat tersebut dengan harga lebih rendah daripada nilai sebenar.

“Dokumen palsu itu dikemukakan bertujuan untuk mengelirukan Ahli Lembaga syarikat terbabit yang akhirnya memberi faedah kepada bekas CEO tersebut,“ katanya.

Katanya kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan. -Bernama