SPRM tahan bekas pengarah minta, terima RM110,000

LocalPolitics
23 Jan 2025 • 3:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang bekas pengarah sebuah agensi kerajaan di Sabah, yang disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM110,000 daripada beberapa syarikat yang mendapat projek pembekalan dengan jabatan tempat dia bertugas.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira jam 2.30 petang Selasa ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada awal 2024 dan meminta rasuah untuk pegawai-pegawai di bawah seliannya.

“Suspek juga disyaki menerima suapan dalam bentuk barangan seperti mesin basuh, komputer riba, tablet, telefon pintar, gitar elektrik, peralatan gim, aksesori kereta dan pembayaran untuk pembelian motosikal,” menurut sumber itu.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu, mengatakan kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. SPRM turut menyita dan merampas semua barangan tersebut.

Bagaimanapun, beliau menambah, suspek akan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil.