SPRM Tahan Bendahari BERSATU Berhubung Dana Parti

Politics
2 Mar 2023 • 1:34 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Mohd Salleh Bajuri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas perkara berkaitan dengan penggunaan dana parti.

Sumber SPRM memberitahu The Vibes, beliau ditahan semalam dan direman dua hari.

Sementara itu, pihak parti terbabit mengkritik tindakan dikenakan ke atas Mohd Salleh sebagai bermotif politik untuk mensasarkan kepada pemimpin partinya.

“Mereka (SPRM) seolah-olah ‘mencari’ semua individu yang mengendalikan dana parti,” katanya sambil menambah bahawa Mohd Salleh menjalankan tanggungjawabnya sebagai bendahari dengan integriti dan profesionalisme. 

Ini adalah penahanan berprofil tinggi kedua terhadap pemimpin BERSATU, selepas Ketua Penerangan parti itu, Datuk Wan Saiful Wan Jan didakwa pada 21 Februari lalu kerana menerima rasuah RM6.9 juta untuk mendapatkan projek jalan raya bernilai RM232 juta.

Timbalan Ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad juga didakwa pada hari sama dengan kes Wan Saiful atas dakwaan meminta antara 3.5 peratus dan 7 peratus daripada nilai projek jalan raya bernilai RM47.8 juta.

Dana itu dipercayai melibatkan penggunaan RM92.5 bilion di bawah program rangsangan ekonomi Jana Wibawa.

Pada Januari lalu, SPRM membekukan akaun BERSATU di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram. - The Vibes, 2 Mac 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved