SPRM Tahan Empat Pegawai Berkait Dengan Ismail Sabri!

LocalPolitics
23 Feb 2025 • 11:56 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Pegawai Ismail Sabri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan empat pegawai yang dikatakan mempunyai hubungan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pegawai berkait dengan Ismail Sabri ditahan dan direman

image is not available

Menurut laporan Malaysiakini, mereka telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Jumaat untuk permohonan reman.

Tiga pegawai direman selama lima hari hingga 25 Februari, manakala seorang lagi direman tiga hari sebelum dibebaskan pada 23 Februari.

Perintah reman tersebut telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha.

Disiasat di bawah Akta SPRM

image is not available

Penahanan ini dan memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 16a Akta SPRM dan perkara ini disahkan sendiri Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Beliau juga meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi bagi memberi ruang kepada SPRM menjalankan siasatan dengan telus.

Kami berharap orang ramai dapat memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi.

#ApaKataOhmedia

Kes-kes sebegini mengingatkan kita tentang kepentingan ketelusan dan integriti dalam setiap lapisan pentadbiran. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dengan adil tanpa sebarang spekulasi.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Malaysiakini


The post

appeared first on

.