SPRM tahan pegawai kanan polis lindung aktiviti haram

24 Mar 2024 • 1:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Sabtu, kerana disyaki terlibat melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara.

Menurut sumber, penahanan pegawai kanan yang bertugas di sebuah jabatan itu dilakukan di Putrajaya.

"Hasil penahanan itu turut menemukan sejumlah wang bernilai lebih RM1 juta hasil serbuan beberapa premis disyaki miliknya," katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai kanan terbabit.

"Permohonan reman akan diperoleh SPRM bagi proses siasatan lanjut," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved