SPRM tahan pegawai penguat kuasa disyaki terima rasuah RM14,000

LocalPolitics
18 May 2025 • 8:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang pegawai kanan polis ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah RM14,000 daripada kontraktor.

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Seorang pegawai penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM14,000 daripada seorang kontraktor.

Menurut sumber SPRM, suspek yang pernah bertugas di sebuah daerah di negeri ini ditahan kira-kira 1 tengah hari tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Kelantan di sini hari ini.

"Pegawai terbabit disyaki menerima wang tunai dan pelbagai barangan berharga daripada seorang kontraktor," kata sumber itu kepada Bernama pada Ahad.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu esok mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved