SPRM tahan peguam disyaki terima rasuah RM1.6 juta

9 May 2024 • 3:12 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang peguam yang disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1.6 juta daripada seorang usahawan, tengah hari tadi.

Menurut sumber, suspek berusia 30-an itu ditahan di sebuah restoran makanan segera sekitar Ipoh, Perak pada kira-kira 12 tengah hari selepas menerima wang tunai RM100,000 termasuk dua keping cek bernilai kira-kira RM1.5 juta.

Sumber memaklumkan suspek, yang juga pemilik firma guaman, telah menghubungi mangsa kononnya dapat membantu menutup kes jenayah usahawan terbabit.

“Berdasarkan siasatan, wang rasuah itu akan dibahagikan kepada beberapa individu penting di beberapa agensi kerajaan sebagai balasan membantu menutup siasatan kes jenayah yang dihadapi oleh usahawan berkenaan,” katanya.

Pengarah SPRM Perak Ahmad Sabri Mohamed, ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan berkata permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Sesyen Ipoh esok pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved