SPRM tahan pembantu tadbir kerajaan negeri disyaki buat tuntutan palsu

LocalPolitics
4 Feb 2025 • 7:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang pembantu tadbir kewangan sebuah jabatan kerajaan negeri ini disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu bagi memperoleh tuntutan penginapan hotel berjumlah kira-kira RM20,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 30-an itu telah ditahan kira-kira jam 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu.

Advertisement“Siasatan awal mendapati suspek disyaki mengemukakan 23 resit tuntutan penginapan hotel atas nama empat individu sedangkan kesemua penama tersebut tidak pernah menginap di hotel tersebut.

“Tuntutan palsu yang dikemukakan keseluruhannya berjumlah kira-kira RM20,000 dan resit palsu ini menggunakan nama beberapa hotel yang beroperasi di negeri ini.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Suspek didapati menggunakan sebuah aplikasi dalam talian bagi membuat resit-resit palsu ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Tambah beliau, suspek akan dituduh esok di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.