SPRM tahan perunding syarikat buat tuntutan mengandungi butir palsu

13 Mar 2024 • 4:26 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang perunding syarikat kerana disyaki mengemukakan tuntutan lebih RM400,000 menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu kepada sebuah agensi kerajaan tahun lepas.

Menurut sumber, suspek lelaki berumur 50-an itu dipercayai mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pembekalan mesin kepada usahawan membabitkan dana Bantuan Industri Kecil Sederhana (BAIKS).

“Perbuatan berkenaan telah dilakukan suspek sekitar 2023 sedangkan mesin tidak dibekalkan oleh syarikat suspek,” kata sumber itu.

Katanya, suspek telah ditahan ketika hadir bagi memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah di sini pada 12.30 tengah hari tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 dan 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini bagi tujuan permohonan reman pada pagi esok. -Bernama