SPRM tahan saksi pendakwaan beri keterangan palsu di mahkamah

LocalPolitics
14 Feb 2025 • 10:04 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang kontraktor ditahan SPRM kerana didapati memberi keterangan palsu di mahkamah. Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang saksi pendakwaan kerana memberi keterangan palsu di mahkamah.

Menurut sumber, saksi pendakwaan lelaki berusia 35 tahun itu merupakan seorang kontraktor dan ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Mersing sekitar jam 9 malam Khamis.

Difahamkan, suspek merupakan saksi pendakwaan ke-12 yang memberi keterangan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail yang mana tidak selaras dengan pernyataan diberikan kepada pegawai penyiasat SPRM pada 2022 dan 2024.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 27(2) Akta SPRM 2009.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman.