SPRM tahan suami bekas pegawai eksekutif GLC disyaki salah guna jawatan

LocalPolitics
12 Sep 2024 • 9:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
SPRM Terengganu menahan seorang pemilik syarikat yang juga suami kepada bekas pegawai eksekutif GLC kerana disyaki menyalahgunakan jawatan bagi mendapatkan kontrak pembekalan pekerja bernilai kira-kira RM1.4 juta.

KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan seorang pemilik syarikat yang juga suami kepada bekas pegawai eksekutif sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana disyaki menyalahgunakan jawatan bagi mendapatkan kontrak pembekalan pekerja bernilai kira-kira RM1.4 juta.

Menurut sumber, suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Terengganu.

"Penahanan lelaki itu susulan tangkapan terhadap isterinya yang kini direman enam hari sejak Selasa lepas bagi membantu siasatan.

"Wanita tersebut yang juga suspek utama dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar 2019 dengan menggunakan jawatannya bagi mencadang serta menyokong syarikat milik suaminya untuk mendapatkan kontrak pembekalan pekerja bernilai kira-kira RM1.4 juta," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek ditahan bagi tempoh 24 jam dan akan dibebaskan dengan jaminan SPRM sebaik proses merakamkan keterangan selesai dilakukan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved