SPRM tahan tiga individu kes tuntutan palsu makanan tahanan

LocalPolitics
7 Jan 2026 • 3:32 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SPRM tahan dua penjawat awam dan seorang kontraktor bantu siasatan dakwaan tuntutan palsu pembekalan makanan tahanan bernilai RM40,000

LABUAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua penjawat awam dan seorang kontraktor bagi membantu siasatan dakwaan tuntutan palsu melibatkan pembekalan makanan tahanan. 

Majistret Dr Melissa Chia membenarkan permohonan oleh SPRM dan mengeluarkan perintah reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. 

Tiga individu itu termasuk seorang pengurus syarikat ditahan secara berasingan semalam, bagi membantu siasatan dakwaan tuntutan palsu bernilai RM40,000 antara April dan Julai 2025. 

Kontraktor itu dipercayai mengemukakan invois palsu pembekalan makanan itu manakala dua penjawat awam tersebut yang bertugas dalam urusan kewangan didakwa bersubahat sebagai balasan kepada wang tunai. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved