SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS: Azam Baki

25 Apr 2024 • 3:09 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

GUA MUSANG — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata ketika ini, siasatan kes itu sedang berada pada peringkat SPRM menghubungi pihak-pihak berkaitan di luar negara, bagi mengambil keterangan.

“Saya menafikan dakwaan pihak-pihak luar yang mendakwa siasatan kes LCS dihentikan, sedangkan siasatan kes ini masih aktif diteruskan.

“Selain itu, SPRM juga sedang membuat permohonan Bantuan Undang-undang Bersama (MLA) melalui pihak Jabatan Peguam Negara untuk beberapa permohonan (dokumen dan bukti) yang dikehendaki kami,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pejabat SPRM cawangan Gua Musang yang baharu di tingkat 1, Bangunan Persekutuan daerah itu, di sini, hari ini.

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved