SPRM tubuh pasukan khas siasat dakwaan rasuah RM350,000

LocalPolitics
10 Oct 2026 • 6:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: SPRM tubuh pasukan khas siasat dakwaan rasuah RM350,000
SPRM tubuh pasukan khas siasat semula dakwaan rasuah berjumlah RM350,000 yang dikaitkan dengan seorang pegawai kanan suruhanjaya itu.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat semula dakwaan rasuah berjumlah RM350,000 yang dikaitkan dengan seorang pegawai kanan suruhanjaya itu.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, isu berkenaan pernah disiasat pada 2018 sebelum kes ditutup selepas tiada sebarang kesalahan berjaya dibuktikan.

Bagaimanapun, susulan gesaan serta penularan semula dakwaan berkenaan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengarahkan penubuhan pasukan khas dengan kadar segera bagi menyemak dan meneliti semula perkara itu.

Menurut kenyataan itu, langkah berkenaan diambil bagi memastikan integriti SPRM terus terpelihara selain mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap institusi berkenaan.

"SPRM menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dalam menangani isu yang boleh menjejaskan kredibiliti suruhanjaya," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, SPRM meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum dipastikan kesahihannya berhubung isu berkenaan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved