SPX Express perkenal van EV dari Dongfeng sebagai kenderaan penghantar parcel

LocalCars
21 Aug 2026 • 12:45 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

SPX Express perkenal van EV dari Dongfeng sebagai kenderaan penghantar parcel

SPX Express kini melancarkan van elektrik (EV) untuk penggunaan penghantarannya. Dengan adanya kenderaan ini akan digunakan bagi menghantar parcel di sekitar Lembah Klang. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, YB PuanTeo Nie Ching bersama wakil SPX Express dan syarikat Dongfeng Commercial Vehicle (Malaysia) Sdn. Bhd di pusat

Penggunaan van EV yang dibekalkan oleh syarikat Dongfeng ini bukan sekadar menambah kenderaan baharu dalam armada SPX, tetapi ia juga di lihat sebagai satu peluang untuk menguji prestasi dan kesesuaian kenderaan eletrik dalam operasi penghantaran parcel.

Jadi apa yang menarik tentang van EV baharu SPX Express ini?

Image from: SPX Express perkenal van EV dari Dongfeng sebagai kenderaan penghantar parcel

Van EV mula beroperasi

Sebanyak 10 van elektrik diperkenalkan dan digunakan dalam operasi penghantaran parcel harian SPX Express di sekitar Lembah Klang. Penggunaan kenderaan EV ini menjadi sebahagian daripada usaha SPX Express mempelbagaikan penggunaan teknologi, dalam jentera penghantarannya bagi membantu meningkatkan kecekapan operasi dan perkhidmatan.

Mampu bergerak sejauh 200km

Menurut wakil syarikat SPX Express Puan Cheah Lee Sun semasa perasmian semalam, kenderaan elektrik ini mampu bergerak sejauh 200 kilometer dengan sekali pengecasan. Kedengaran seperti sedikit kemampuan jarak perjalanan yang dinyatakan, namun untuk kegunaan penghantaran parcel sekitar Lembah Klang ia sudah cukup memadai.

Kapasiti muatan 1,015 kilogram dan ruang kargo 4.8 meter padu

Van elektrik ini juga mempunyai kapasiti muatan sehingga 1,015 kilogram, yang membolehkan lebih banyak parcel dibawa dalam satu perjalanan. Dari aspek sudut ruang penyimpanan pula, van elektrik ini memiliki ruang kargo sehingga 4.8 meter padu. Dan ini memberi ruang yang mencukupi untuk membawa parcel bagi operasi penghantaran harian.

Image from: SPX Express perkenal van EV dari Dongfeng sebagai kenderaan penghantar parcel

Fokus penghantaran van EV di sekitar Lembah Klang

Van EV ini akan diguna pakai untuk penghantaran parcel di sekitar Lembah Klang. Serta SPX Express juga meneliti prestasi kenderaan elektrik ini dalam pelbagai keadaan dan situasi penghantaran parcel.

Melengkapkan pelaburan dalam teknologi logistik

Menurut SPX, penggunaan van elektrik ini bukan sekadar menambahan baru bagi memperkukuhkan operasi ‘last-mile delivery’. Namun ia juga bagi melengkapkan pelaburan bernilai RM63.2 juta yang telah dibelanjakan pada tahun 2025, bagi membangunkan teknologi pengasingan automatik di pusat pengasingan di Bukit Raja Selatan.

Dengan adanya teknologi pengasingan automatik ini, proses perjalanan parcel daripada pusat operasi ke bahagian penghantaran menggunakan van EV sehinggalah sampai ke tangan pelanggan dapat dilakukan dengan lebih cekap. Kita lihat sejauh mana perkembangan penggunaan kenderaan elektrik ini memainkan peranan dalam memastikan parcel sampai ke tangan pelanggan dengan lebih lancar.

Jadi selepas ini jangan terkejut pula jika lihat ada van EV SPX tiba-tiba berhenti depan rumah hantar parcel anda!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved