SRC:Hakim tarik diri dengar permohonan QC ketuai rayuan akhir Najib

Politics
16 Jun 2022 • 2:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi di sini, pada Khamis menarik diri daripada mendengar permohonan Jonathan Laidlaw, Peguam Diraja (QC) United Kingdom untuk mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan terakhirnya bagi kes melibatkan penyelewengan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam keputusan ringkasnya berkata, beliau memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar permohonan itu kerana salah seorang ahli keluarga terdekatnya adalah ahli politik yang sangat aktif dan ketua bahagian dalam parti politik yang sama dengan Najib, yang merupakan perayu.

Wan Ahmad Farid, yang pernah menjadi ahli politik aktif dalam UMNO berkata, walaupun beliau telah meletak jawatan daripada parti politik yang pernah dianggotainya, pendiriannya adalah persepsi awam terhadap kebebasan badan kehakiman tidak boleh berada dalam situasi meragukan.

"Umum mengetahui bahawa sebelum dilantik sebagai hakim, saya adalah ahli politik yang aktif dan pada satu ketika, menjadi ahli pentadbiran dan ahli Dewan Negara.

"Saya mesti menambah bahawa, selepas mengangkat sumpah saya sebagai anggota badan kehakiman, tanggungjawab saya adalah memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan tanpa rasa takut atau pilih kasih,” kata hakim itu. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved