
COLOMBO: Kementerian Kesihatan Sri Lanka pada Jumaat melaporkan kes pertama cacar monyet selepas seorang remaja tiba dari Dubai baru-baru ini, lapor Xinhua.
Remaja berusia 20 tahun itu tiba dari Dubai pada 1 Nov dan dimasukkan ke Hospital Penyakit Berjangkit (IDH) di Colombo, lapor media tempatan.
Kementerian Kesihatan akan terus memantau ketibaan pelancong dan warga tempatan dari luar negara serta meningkatkan usaha mengesan sebarang kemungkinan kes penyakit berjangkit.-Bernama

