SSDU pantau penggunaan sistem digital kongsi data bencana daerah

8 Feb 2023 • 8:28 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 8 FEB: Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) memantau sistem digital perkongsian data bencana yang diguna pakai Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) negeri ini.

Pengarah Urusannya Ahmad Akmal Hamzah berkata tiada masalah timbul dalam penggunaan sistem yang meningkatkan keupayaan bantuan operasi bencana setakat ini.

“Sejak tahun lepas, kita sudah memberi latihan kepada pegawai di semua sembilan PTD. Sekarang dalam fasa boleh guna sistem perkongsian terbabit dengan penggunaannya sentiasa dipantau.

“Ini bagi mengelak berlaku sebarang masalah terutama untuk mengemas kini dan memuat naik data, tetapi buat masa ini kita tidak mengesan masalah besar,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, beliau memaklumkan aset komunikasi teknologi maklumat (ICT) meliputi dua komputer riba dan seunit televisyen pintar selesai diagih kepada tujuh PTD.

Bagaimanapun, katanya, Hulu Selangor dan Gombak belum menerima komputer riba berikutan terputus bekalan.

“Kita masih menunggu penghantaran kemudahan itu untuk diserahkan kepada PTD terbabit,” katanya.

Terdahulu, sejumah RM300,000 dibelanja agensi itu bagi membangunkan sistem berkenaan selepas melihat kesukaran dihadapi ketika operasi bantuan banjir Disember 2021.

Sistem itu membolehkan maklumat di peringkat daerah dikongsi antara agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, unit bencana, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak berkuasa tempatan dan hospital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved