SSF2023 galak penggunaan teknologi, inovasi angkat martabat industri kreatif

5 Dec 2023 • 4:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

ANUGERAH khas baharu dalam penganjuran Anugerah Sabah Screen Fest (SSF) 2023 menggalakkan penggunaan teknologi dan inovasi dalam mengangkat martabat industri kreatif di negeri ini, kata Menteri Sains dan Teknologi dan Inovasi (KSTI) Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Anugerah khas itu, ialah Anugerah Sinematografi Terbaik untuk kategori Filem Pendek dan Anugerah Grafik dan Visual Terbaik untuk kategori Animasi.

Beliau berkata, dengan pewujudan dua anugerah itu dalam SSF boleh merapatkan lagi jurang antara teknologi dan seni, serta melahirkan generasi kreatif dan celik IT (teknologi maklumat) selaras dengan hasrat KSTI.

“Sabah Screen Fest merupakan satu-satunya pertandingan berteraskan teknologi seni kreatif yang dianjurkan di Sabah. Ia merupakan platform untuk mempamerkan penemuan seni dan inovasi yang ditransformasikan ke medium digital.