SSM Sumbang Wakalah Zakat Korporat Berjumlah RM25,000 Rumah Kebajikan Dan Pusat Pengajian Islam Sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

15 May 2023 • 2:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kuala Lumpur, 12 Mei 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini telah menyantuni golongan yang kurang bernasib baik dengan sumbangan Wakalah Zakat Korporat berjumlah RM25,000.

Sumbangan yang disampaikan kepada lima rumah kebajikan dan pusat pengajian Islam iaitu Rumah Bakti Nur Ain Bangi, Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Pusat Kecemerlangan Sepanjang Hayat Bestari, Madrasah Irsyadul Quran dan Maahad Tahfiz Al-Falahiyyah, bertujuan membantu meringankan beban golongan anak-anak yatim Asnaf, kanak-kanak kurang bernasib baik, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan muallaf.

Sumbangan disempurnakan oleh YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), semasa Majlis Sambutan Aidilfitri SSM 2023 bertempat di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

image is not available

Dalam ucapannya, Puan Hajah Fuziah berkata SSM sentiasa mendokong aspirasi kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan melalui aktiviti agihan zakat dan Tangungjawab Sosial Korporat yang merupakan satu budaya yang harus dicontohi.

Dari 1 Januari 2023 hingga 30 April 2023, SSM telah mengagihkan peruntukan WZK sebanyak RM3,393,305 kepada golongan asnaf fakir miskin dan asnaf fisabilillah di seluruh negara. Bagi peruntukan CSR pula, dari 1 Januari 2023 hingga 30 April 2023, SSM telah mengagihkan sebanyak RM282,057.95 kepada golongan yang memerlukan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Datuk Roziah Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri) KPDN, Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM, Anggota-Anggota Suruhanjaya dan Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.

image is not available

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada enquiry@ssm.com.my.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved