SSM terima 362 aduan berkaitan dakwaan pelaburan palsu

23 Jun 2023 • 4:37 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerima 362 aduan berkaitan dakwaan pelaburan palsu melibatkan beberapa syarikat yang menawarkan skim pelaburan berkonsep saham boleh tebus syariah daripada Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) pada 21 Jun 2023.

Menurut SSM dalam kenyataan hari ini, pihaknya telah membuka kertas inkuiri berdasarkan aduan terdahulu apabila sebahagian daripada pengadu terbabit telah dipanggil untuk dirakam kenyataan.

Katanya SSM akan memanggil beberapa lagi pengadu untuk memastikan sama ada wujud asas kesalahan di bawah perundangan yang ditadbir oleh SSM.

“Sekiranya wujud pelanggaran mana-mana peruntukan yang dikawal selia oleh SSM, tindakan penguatkuasaan sewajarnya akan diambil,” katanya.

Menurut SSM, pihaknya sentiasa konsisten dalam mengawal selia pematuhan peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat peka berhubung tanggungjawab serta etika perniagaan.

“SSM memandang serius dakwaan seperti ini kerana ia menjejaskan amalan tadbir urus korporat baik yang seharusnya dipraktikkan oleh pengarah-pengarah syarikat.

“SSM ingin menasihati para pelabur untuk sentiasa berhati-hati dan menjalankan usaha wajar terlebih dahulu dengan menyemak skim pelaburan yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat sebelum menyertainya,” katanya.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved