SST buah import mungkin dikaji semula, kerajaan ambil kira pandangan industri dan rakyat – Zahid

LocalPolitics
19 Jun 2025 • 4:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan akan meneliti semula pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap buah-buahan import dalam tempoh sebulan susulan kebimbangan yang dibangkitkan pelbagai pihak termasuk pemain industri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pandangan yang dikemukakan akan dibawa ke peringkat Jemaah Menteri sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Contohnya, negara kita tidak mengeluarkan buah epal atau limau mandarin.
“Jadi, walaupun tujuan pengenaan SST adalah untuk melindungi industri buah-buahan tempatan, perlu difahami bahawa tidak semua jenis buah-buahan dapat dikeluarkan dalam negara.

image is not available

“Saya percaya akan ada penyelarasan terhadap senarai bahan-bahan tertentu yang dikenakan SST antara lima hingga 10 peratus.
“Namun, hal ini belum dimuktamadkan dan masih memerlukan pertimbangan Jemaah Menteri. Saya yakin Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi sedang meneliti perkara ini secara menyeluruh,” katanya.

image is not available

SST buah import mungkin dikaji semula

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin yang menyifatkan langkah mengenakan SST ke atas buah import sebagai tidak masuk akal kerana turut memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah.

image is not available

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan SST diperluas bermula 1 Julai 2025 dengan kadar cukai antara lima hingga 10 peratus ke atas barangan terpilih dan bukan keperluan.

Menurut Ahmad Zahid, pandangan industri seperti yang disuarakan Mydin bukanlah pandangan terpencil, sebaliknya perlu diberi perhatian dalam merangka dasar yang lebih adil dan menyeluruh.

“Kerajaan bersikap terbuka terhadap pandangan yang membina dan sentiasa mempertimbangkan suara rakyat dalam setiap keputusan yang memberi kesan langsung kepada kos sara hidup,” katanya.

Sumber: NST