SST kekal! PM Anwar tegaskan sistem lebih adil, tak bebankan majoriti rakyat

LocalPolitics
1 Jul 2026 • 3:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan akan terus mengekalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kerana sistem itu disifatkan lebih progresif menerusi pelaksanaan skop percukaian secara bersasar.

SST sistem percukaian bersasar

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan, pendekatan itu membolehkan cukai dikenakan secara lebih berfokus, sekali gus memastikan barangan dan perkhidmatan asas yang digunakan majoriti rakyat tidak dikenakan cukai.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, SST merupakan sistem percukaian yang lebih bersasar bagi memastikan beban cukai tidak ditanggung sepenuhnya oleh majoriti rakyat, manakala margin kos diserap oleh pihak industri bagi mengekalkan daya saing perniagaan.

“Di samping itu, SST juga telah digunakan di Malaysia lebih 50 tahun sejak 1970-an di mana ianya merupakan sistem yang telah difahami oleh industri, peniaga dan rakyat.
“Selain itu, kerajaan juga menambahbaik sistem percukaian semasa dengan penekanan diberikan untuk mengoptimumkan pentadbiran cukai.
“Ini termasuklah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengurangkan ketirisan hasil dengan mengkaji dan menambah baik pentadbiran cukai oleh agensi kutipan cukai Kerajaan dari semasa ke semasa,” katanya.

Image from: SST kekal! PM Anwar tegaskan sistem lebih adil, tak bebankan majoriti rakyat

Perkara tersebut disampaikan beliau menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen hari ini bagi menjawab soalan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) berhubung rancangan kerajaan menambah baik sistem percukaian termasuk cukai perbelanjaan negara.

Mengulas lanjut, Anwar menyatakan peruntukan perundangan semasa turut disemak secara berterusan bagi mengenal pasti serta menutup ruang kebocoran hasil kerajaan.

Image from: SST kekal! PM Anwar tegaskan sistem lebih adil, tak bebankan majoriti rakyat

Langkah perkukuh hasil negara tanpa bebankan rakyat

Menurut beliau, langkah tersebut membolehkan hasil negara diperkukuh tanpa membebankan majoriti rakyat.

Ujarnya lagi, hasil tambahan yang diperoleh akan disalurkan semula untuk manfaat rakyat menerusi pelbagai inisiatif di bawah dasar kerajaan dalam jangka masa pendek dan panjang.

“Kerajaan sentiasa komited untuk menggalas tanggungjawab memperkukuh kedudukan fiskal negara namun pada masa yang sama masih tetap memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.
“Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan bagi meningkatkan hasil yang dirancang secara prinsipnya akan dilaksana secara berhati-hati, melibatkan libat urus dengan pihak berkepentingan dengan mengambil kira keperluan fiskal negara namun dalam pada masa yang sama tidak membebankan rakyat dan generasi akan datang.
“Sebarang cadangan bagi penambahan hasil kerajaan adalah sebenarnya untuk memberi ruang fiskal negara dalam menghadapi cabaran masa hadapan yang boleh tiba tanpa dijangka seperti krisis bekalan minyak mentah global pada masa ini,” katanya.

Image from: SST kekal! PM Anwar tegaskan sistem lebih adil, tak bebankan majoriti rakyat

Sumber: Malaysia Gazette (Mohammad Arif Nizam)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved