SST naik ke 8% 1 Mac 2024, penyedia perkhidmatan mula hantar mesej pemakluman

5 Feb 2024 • 12:36 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Jangkakan peningkatan kepada yuran langganan produk-produk dalam talian anda tak lama lagi. Satu pemakluman yang kami terima adalah tentang yuran langganan Google Workplace yang akan menaikkan bahagian cukai SST daripada 6% kepada 8% bermula 1 Mac 2024 ini.

image is not available

Berita tentang kenaikan SST ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim. Walau bagaimanapun, Anwar ada menerangkan bahawa kerajaan akan menaikkan kadar cukai sedia ada. Cukai perkhidmatan yang dikenakan pada kadar 6% sekarang, akan dinaikkan kepada 8%.

Namun, Anwar menerangkan untuk tidak membebankan rakyat, akan ada pengecualian untuk peningkatan kepada 8% ini. Ia meliputi perkhidmatan keperluan utama, termasuk makanan dan minuman, serta telekomunikasi.

Selain itu, skop perkhidmatan bercukai 8% ini akan diluaskan lagi, meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penaja jaminan dan karaoke. Anwar juga membentangkan mahu menggubal perundangan baharu, bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar 5% hingga 10% ke atas barang bernilai tinggi tertentu seperti barang kemas dan jam tangan berdasarkan nilai ambang harga barangan.

SST naik, LVG mula dikutip

image is not available

Tahun 2024 menyaksikan bukan sahaja kadar SST naik, malahan LVG sudahpun mula dikutip. Seperti yang dilaporkan dalam Disember 2023, platform-platform pembelian dalam talian mula mengenakan cukai 10% ke atas Low Value Goods (LVG). Melalui tinjauan ringkas, laman seperti AliExpress, Lazada, dan Shopee ada antara mereka menghantar mesej pop-up mengandungi pemberitahun tersebut sementara ada yang sekadar meletakkan mesej ringkas yang kecil di bahagian jumlah harga produk.

Bacaan berkaitan