SST Tidak Jejas Harga – Honda Malaysia

LocalCars
18 Jul 2025 • 7:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Honda Malaysia semalam secara rasmi melancarkan model facelift Honda HR-V 2025, mencipta gelombang baharu dalam segmen SUV kompak di negara ini. Semasa majlis pelancaran, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Narushi Yazaki, turut berkongsi kenyataan penting berkaitan isu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluas.

Menjawab soalan media tempatan, Yazaki menegaskan bahawa pihak Honda Malaysia mengambil serius perkembangan berkaitan SST.

image is not available

“Kami sedang mengkaji situasi ini dengan teliti kerana walaupun SST tidak memberi kesan langsung kepada harga kereta, ia boleh memberi impak tidak langsung terhadap kos operasi kami,” jelas beliau.

Dalam kesempatan sama, Yazaki memberikan jaminan bahawa tiada kenaikan harga untuk semua model Honda di Malaysia pada tahun ini. Honda Malaysia juga komited untuk meminimumkan sebarang beban tambahan yang mungkin ditanggung oleh para pelanggan.

HR-V Terus Kukuh Terajui Segmen SUV Kompak Tempatan

image is not availableimage is not available

Yazaki turut mendedahkan kejayaan Honda HR-V di pasaran tempatan. Sejak diperkenalkan pada tahun 2015, lebih 140,000 unit HR-V telah berjaya dijual di Malaysia, menjadikannya antara model paling popular dalam segmennya. Model ini kini menguasai 41% pasaran SUV B bukan nasional, membuktikan daya tarikannya yang konsisten dalam kalangan pembeli tempatan.

HR-V 2025 Facelift

image is not available

Honda HR-V 2025 versi facelift yang diperkenalkan menawarkan pelbagai perubahan kecil tetapi bermakna, termasuk penambahbaikan teknologi dan rekaan. Empat pilihan varian ditawarkan dengan sasaran jualan sekitar 1,000 unit sebulan, petunjuk jelas bahawa Honda yakin HR-V kekal sebagai peneraju dalam segmen ini.

Pelancaran HR-V 2025 ini juga menandakan tahun ke-21 berturut-turut Honda Malaysia menawarkan model hibrid kepada pasaran tempatan. Menurut Yazaki, pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan jenama Honda dalam memperkenalkan inovasi dan mobiliti lestari kepada pengguna di Malaysia.