
BUAT julung kalinya dua kumpulan popular Indonesia, ST12 dan Nidji bakal disatukan dalam konsert yang dijangka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 21 Oktober ini.
Pelakon Zizan Razak, selaku penganjur bersama, berkata walaupun kedua-dua kumpulan ini menyaksikan penggantian vokalis, dia percaya ia bukan penghalang terbesar untuk menarik penonton khususnya penggemar setia dari dua band berkenaan.
ZIZAN dan Nabiha ketika dalam sidang media
“Isu penggantian vokalis bukan perkara baharu dalam sesebuah band. Contohnya, band Hollywood Guns N’ Roses juga bertukar vokalis tetapi mereka tetap mempunyai kelompok peminat yang besar dan konsert mereka tetap berjaya.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Saya percaya begitu juga dengan ST12 dan Nidji. Orang tetap akan datang kerana saya pasti peminat-peminat mereka tetap ingin menyaksikan dan merasakan sendiri persembahan band yang mereka minati tidak kiralah berlaku pertukaran anggota atau tidak.
“Berdasarkan pemerhatian kami, Nidji misalnya, konsert-konsert mereka di Indonesia tetapi laris. Sebaliknya, populariti mereka tidak pernah turun walaupun tanpa kehadiran Giring.
“Dalam masa sama, saya percaya pemilihan vokalis baharu untuk dua band ini pastinya dijalankan dengan penuh teliti untuk memastikan ia sesuai dengan karakter band,” katanya dalam sidang media mengenai konsert ST12 & Nidji Live in Sabah yang diadakan di SICC, Jumaat.
Nidji dianggotai vokalis baharu Muhammad Yusuf Nur Ubay atau mesra disapa Ubay bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan Giring Ganesha.
Sejak Disember 2018, Giring dimaklumkan berundur berikutan mahu fokus menjadi ahli politik. Selepas sebulan pencarian, akhirnya Nidji menemui vokalis baharu, Ubay yang juga bekas peserta program realiti, Indonesian Idol 2014.
ST12, yang popular dengan lagu Cari Pacar Lagi dan Jangan Pernah Berubah, juga menggunakan khidmat vokalis baharu, Januarisma Runtuwene atau Aris bagi menggantikan Charly van Houten.
Aris yang juga produk keluaran Indonesian Idol musim kelima, dianggap mempunyai karakter vokal seperti Charly dan sebelum ini tampil bersama ST12 dalam konsert ST12 Reunion Singapore Concert di Singapura.
Menariknya juga, kata Zizan, konsert yang dibawakan oleh ZR Project dan MW Pertama itu akan menerbangkan bekas vokalis ST12 iaitu Firman Siagian bersama Aris sebagai penampilan khas.
ST12 kini hanya dianggotai Pepep dan Indra.
NIDJI tetap popular walaupun tanpa vokalis asal Giring.
“Atas dasar kepercayaan terhadap pengaruh ST12 dan Nidji dalam industri muzik bukan sahaja di Indonesia tetapi peminat di Malaysia serta Borneo, kami bangga membawakan konsert ini di Sabah sebagai buah tangan paling indah pada 21 Oktober ini.
“Konsert ini merupakan sebuah usaha besar kami bagi mempromosikan kepelbagaian budaya yang ada di negeri ini.
“Menerusi konsert ini, ST12 dan Nidji tidak hanya akan mempersembahkan rangkaian lagu popular dan terkini mereka sahaja, menariknya, mereka bakal menjanjikan keunikan tersendiri apabila elemen tradisional muzik Borneo juga akan disuntik dalam persembahan mereka nanti.
“Selain itu, kami juga membawa beberapa artis Sabah selaku ‘opening act’ sebagai cara kami untuk memperkenalkan budaya serta artis Sabah kepada dunia,” katanya.
Sementara itu, Zizan berkata pemilihan SICC sebagai venue konsert adalah susulan reputasinya dalam mengadakan beberapa acara persembahan sebelum ini.
“Saya percaya SICC mempunyai kepakaran yang diperlukan sebagai venue untuk konsert berskala besar dari segi tempat duduk, sistem bunyi dan LED, antaranya.
“Saya dimaklumkan sudah banyak orang buat show di sini dan tidak pernah lagi ada sebarang aduan tentang sound system (sistem bunyi).
“Bagi saya level specs mereka sudah berbeza dan bahkan jauh lebih baik berbanding sesetengah tempat di Semenanjung,” katanya.
Sementara itu, penganjur bersama Nabiha dari MW Pertama berkata genre yang berbeza antara ST12 dan Nidji bukan penghalang untuk dua band gergasi ini untuk bersatu dan beraksi di atas panggung yang sama.
“Sudah tiba waktunya peminat di Sabah menikmati lagu-lagu hits seperti Cinta Tak Harus Memiliki, Aku Masih Sayang dan Cara Pacar Lagi yang akan disajikan oleh ST12 secara langsung.
“Ini juga satu peluang buat peminat Nidji menyaksikan persembahan bertenaga yang sudah menjadi trademark mereka sejak sekian lama,” katanya dan menambah, mereka mensasarkan untuk menarik kira-kira 5,000 penonton menerusi konsert itu.
Bagi ST12 yang kini dianggotai Iham Febry atau Pepep dan Muh. Indra Gunawan (Indra) kesempatan bertemu peminat di Sabah akan menjadi kenangan buat mereka.
“Ini merupakan momen yang dinantikan oleh ST12 setelah sekian lama melakukan konsert di Malaysia terutamanya Kuala Lumpur namun belum berpeluang untuk menggegarkan pentas Borneo di Sabah.
“Disatukan bersama Nidji, konsert ini pasti akan mencetus fenomena luar biasa. Tunggu ST12 hadir dengan karya-karya kami,” kata Pepep.
Nidji yang popular menerusi lagu Hapus Aku dan Laskar Pelangi, juga amat teruja untuk bertemu mata dan membuat persembahan secara langsung buat semua peminat yang bakal berkumpul di Sabah.
[email protected]
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


