
KEDUA-DUA kumpulan ST12 dan Nidji menjanjikan persembahan istimewa untuk peminat mereka dalam konsert sulung dua band popular Indonesia itu di Sabah, malam ini (Sabtu).
Pemain dram ST12, Ilham Febry atau Pepep berkata mereka akan menyampaikan rangkaian lagu terbaik kumpulan itu untuk peminat mereka dalam konsert yang bakal dipentaskan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu itu.
“Kami cukup senang dan gembira kerana akhirnya dapat mengadakan konsert di Kota Kinabalu untuk pertama kalinya.
“Untuk persembahan malam ini, kita ada Aris Idol dan juga Firman yang akan membawakan lagu-lagu ST12.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Yang pasti kami akan bawa lagu-lagu terbaik daripada ST12,” katanya dalam sidang akhbar selepas sesi makan tengah hari ST12 & Nidji bersama media Sabah di Kota Kinabalu, Jumaat.
Selain Pepep, ST12 yang popular dengan lagu hits seperti Cinta Tak Harus Memiliki, Aku Masih Sayang dan Cari Pacar Lagi, turut dianggotai pemain bass Muh. Indra Gunawan atau Indra.
Dalam konsert malam ini, ST12, katanya, akan menampilkan Firman Siagian dan juara Indonesian Idol musim kelima, Aris pada posisi vokalis.
Sementara itu, Firman berkata konsert malam ini istimewa kerana menggabungkan dua band segah ST12 dan Nidji serta tiga penyanyi yang berbeza.
“Yang pasti konsert kali ini bukanlah satu pertandingan, tapi satu kolaborasi untuk kita berhibur, kita rayakan dan untuk kita sukseskan bersama-sama.
“Saya gembira dapat beraksi satu pentas bersama mereka. Mereka juga adalah kawan-kawan saya.
AHLI kumpulan ST12 dan Nidji bergambar bersama Zizan, Nabiha dan wakil penaja selepas sidang media.
“Malah kehadiran Zizan Razak, sebagai seorang artis yang mempunyai banyak kemampuan, sama ada sebagai penyanyi, raja lawak atau pun pelakon menjadikan konsert kali lebih istimewa,” kata pelantun lagu Kehilangan itu.
Kumpulan Nidji turut menjanjikan persembahan yang bertenaga malam ini.
Pemain dram band yang popular dengan lagu Laskar Pelangi itu, Muhammad Adri Prakarsa atau Adri berkata mereka akan menampilkan sisi berbeza Nijdi dengan kehadiran vokalis baharu, Ubay.
“Kami senang dapat kembali ke Kota Kinabalu. Sebelum ini, pada 2006 kami pernah datang ke sini, tetapi bukan untuk membuat persembahan.
“Namun, akhirnya dengan usaha Zizan dan Nabiha, pada tahun ini kami dapat membuat persembahan di Kota Kinabalu, lagi-lagi dengan formasi baharu.
“Saya harap kami dapat menyajikan peminat kami dengan kualiti persembahan yang luar biasa dan berbeza dengan formasi baharu bersama Ubay,” katanya.
Katanya lagi, antara lagu yang akan mereka bawakan malam ini adalah Sumpah dan Cinta Matiku yang menjadi runut bunyi untuk filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
“Yang kami kaget (terkejut) bila sampai di sini ialah banyak busking menyanyikan lagu OST (runut bunyi) Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
“Intinya esok (Sabtu) kami akan bawa lagu-lagu Nidji yang ada dalam ‘original soundtrack’ filem ini,” katanya lagi.
Ubay, atau nama sebenarnya, Muhammad Yusuf Nur Ubay yang menggantikan Giring Ganesha sebagai vokalis Nidji pula berkata, dia sudah tidak sabar untuk merasakan suasana konsert malam ini.
“Saya tiba di sini disapa dengan pemandangan luar biasa sejak dari atas pesawat lagi. Tadi sempat merasakan makanannya, ternyata enak. Kotanya juga indah.
“Sudah pasti, akan lebih penasaran esok (Sabtu) di SICC untuk menyaksikan teman-teman dari Sabah seperti apa suasananya. Mudah-mudahan lebih seru lagi,” katanya, yang kali pertama menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu.
Dibawakan oleh ZR Project dan MW Pertama, konsert ST12 & Nidji Live in Sabah malam ini juga akan menampilkan pemain gitar akustik yang popular dengan teknik ‘fingerstyle’ Anwar Amzah dan bakat Sabah, Razali Kulintangan sebagai artis persembahan pembuka.
Turut hadir dalam sidang media itu, Zizan yang juga Pengarah Urusan ZR Project, dan Pengarah Urusan MW Pertama, Nabiha Aimi.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



