
Kota Kinabalu: Persatuan Tenis Sabah (STA) memulakan kalendar mereka pada tahun baharu dengan kejohanan Tenis Remaja Sabah (pusingan pertama) di Sandakan pada Jumaat.
Seramai 43 pemain mengambil bahagian dalam pertandingan tiga hari itu yang diadakan di gelanggang Persatuan Tenis Sandakan di Jalan Utara Batu dengan kontinjen terbesar dari Kota Kinabalu dengan 23 pemain diikuti Sandakan (15), Tawau (3) dan Lahad Datu (2).
Presiden STA Johson Koh berkata pertandingan itu terbuka kepada kedua-dua lelaki dan perempuan dalam kategori bawah 18, bawah 16, bawah 14, bawah 12 dan bawah 10 tahun.
Beliau menyeru semua pemain memberikan yang terbaik dalam pertandingan itu dan turut memuji sokongan ibu bapa.
Sementara itu, pusingan kedua kejohanan remaja akan diadakan di Keningau dari 28-30 Ogos.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.




