Stable Doodle Membolehkan Anda Ubah Lakaran Ke Gambar Dengan Bantuan AI

TechnologyDigital
13 Jul 2023 • 11:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Stability AI yang sedia terkenal dengan penawaran Stable Diffusion kini hadir dengan sebuah lagi penawaran baharu mengambil kelebihan kecerdasan buatan, dinamakan Stable Doodle. Melaluinya, ia ingin mengubah sebarang doodle atau lakaran pengguna ke gambar sebenar dalam masa beberapa saat sahaja.

image is not available

Untuk menggunakannya, pada Stable Doodle, pengguna hanya perlu melakukan sebuah lakaran ringkas, dan kemudian menyertakan sebuah teks ringkas berkenaan lakaran tersebut. Seterusnya, Stable Doodle akan menjana gambar berasaskan kepada lakaran anda.

image is not available

Bagi anda yang berminat, boleh ke laman Clipdrop hari ini, dan mencuba sendiri Stable Doodle secara percuma dalam menjana lakaran anda menjadi sebuah gambar sebenar dengan bantuan kecerdasan buatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved