Stacy buat konsert solo, netizen seloroh jemput Bella Astillah sebagai artis pembukaan

LocalEntertainment
15 Nov 2024 • 12:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi popular, Stacy Anam, 34, bakal menunaikan impiannya untuk menjayakan konsert solo buat julung kalinya di negeri kelahirannya, iaitu Sabah.

Stacy buat konsert solo!

image is not available

Foto: Instagram @stacyanam

Pengumuman tersebut dibuat oleh penyanyi berusia 34 tahun itu sendiri sewaktu menjayakan persembahan pentas di sebuah acara yang berlangsung di SICC, Kota Kinabalu baru-baru ini.

@marcellaangela5

Jom support konsert unggul @Stacy Anam pertama di Sabah nanti #stacyanam #fyp

♬ original sound - Guillinggie - Guillinggie

Sumandak Stars dia tak jadi, rupa-rupanya bagi konsert solo!

Menerusi ruangan komen di akaun Tiktok @marcellaangela5, berkongsi video pengumuman konsert solo Stacy itu, majoriti memberi reaksi dan sokongan yang positif terhadap penganjuran konsert tersebut.

image is not available

Netizen mendakwa penarikkan diri Stacy dalam konsert Sumandak Stars sebelum ini bersebab, rupa-rupanya ada hasrat mengadakan konsert solonya sendiri.

Peminatnya di Semenanjung ada yang sanggup terbang ke Sabah juga untuk hadir dan menyokong konsert solonya itu.

Nak kena kumpul duit ni

image is not available

Jemput la Bella dan Didi untuk buat pembukaan

Sementara itu, terdapat juga netizen berseloroh agar Stacy dapat menjemput penyanyi dan pelakon Bella Astillah bersama adiknya, Didi Astillah membuat pembukaan konsert solo berkenaan.

image is not available

Terdahulu, isteri kepada penyanyi Akim Ahmad itu memutuskan untuk menarik diri daripada konsert Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku.

Menurut pengurusan Stacy, pihaknya menyatakan bahawa ibu kepada tiga cahaya mata itu tidak dapat turut serta dalam konsert berkenaan atas sebab-sebab tertentu.

Susulan itu, ramai netizen menyifatkan keputusannya tepat kerana dia selayaknya perlu beraksi menerusi konsert solo sendiri berikut profil seninya yang kukuh dan memiliki banyak lagunya yang hit.

Sumber: Facebook Harian Metro, Tiktok @marcellangela5