Stadium Perak dinaik taraf November depan

Football
4 Jun 2024 • 4:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Stadium Perak akan dinaik taraf November depan. Gambar kecil: Khairudin

PASUKAN Perak FC terpaksa melupakan hasrat untuk kekal beraksi di Stadium Perak pada aksi kedua Liga Super 2024/2025 apabila venue itu bakal menjalani proses naik taraf November depan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat yang dijalankan bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Perak FC, Majlis Sukan Negeri (MSN) dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) bulan lepas.

Menurutnya, peruntukkan sebanyak RM500,000 yang disediakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah disalurkan kepada MBI bagi menaik taraf sistem saliran dan penukaran rumput padang.

"Dalam mesyuarat itu Perak FC mencadangkan dua kaedah sama ada bermain di Stadium Manjung dalam tempoh pembaikan itu tetapi perlu penambahbaikan dari segi limpahan cahaya lampu mengikut spesifikasi Malaysia Football League (MFL).

"Kaedah kedua, pasukan Perak akan bermain di gelanggang lawan. Namun kita mengharapkan agar Stadium Manjung diberi alternatif terbaik dalam pilihan cadangan ini.

"Sekurang-kurangnya kita memberi ruang dan peluang kepada penyokong-penyokong Perak untuk sama-sama memberi sokongan kepada pasukan Perak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Hijrah Insaniah Yayasan Perak 2024 di Sekolah Izzudin Shah pada Selasa.

Khairudin berkata, diharapkan Perak FC dapat mencapai kata sepakat dengan MFL bagi kedua-dua cadangan tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan Pengurusan Perak FC mencadangkan agar penukaran rumput baharu jenis Zeon Zoysia atau Bermuda di padang Stadium Perak hanya dilaksanakan pada penghujung musim.

Pihaknya turut mencadangkan agar venue Liga Super musim 2024/2025 Perak FC kekal di Stadium Perak dan bukannya di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Manjung.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved