Stadium Selayang ditutup sementara bagi naik taraf lampu limpah

1 Jul 2022 • 12:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menutup sementara operasi Stadium MPS di Bandar Baru Selayang di sini bagi kerja naik taraf lampu limpah.

Pengarah Jabatan Korporat, Mohamad Zin Bin Masoad berkata, penutupan dalam tempoh lima bulan bermula 1 Julai sehingga 7 Disember depan.

Menurutnya, tiada sebarang aktiviti atau program dibenarkan sepanjang tempoh itu.

"MPS memohon maaf atas sebarang kesulitan berikutan penutupan ini.

"Orang ramai boleh menghubungi Unit Kemudahan Awam, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPS di talian 03-6120 1153 untuk pertanyaan lanjut atau merujuk platform media sosial dan juga laman web MPS di www.mps.gov.my untuk sebarang pengumuman terkini, " katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved