Staf dedah ewallet face verification rakam seluruh badan, ramai tak sedar hantar gambar tak sopan

LocalTechnology
28 Dec 2024 • 2:51 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pengguna aplikasi eWallet dan platform lain diingatkan supaya berpakaian sopan ketika melakukan proses pengesahan wajah (face verification). Proses ini bukan hanya menggunakan robot, tetapi gambar pengguna turut diperiksa oleh staf manusia untuk tujuan pengesahan identiti.

Seorang pengguna Facebook, Nordin, berkata, “Kalau kamu buat face verification dekat mana-mana apps, walaupun arahan dia cuma suruh letak muka dekat frame, sebenarnya dia tetap ambil gambar selfie menyeluruh termasuk kepala dan badan.

image is not available

“Gambar tu semua akan di verify oleh manusia, bukan apps. Maksudnya ada orang lain (kakitangan) yang akan tengok gambar selfie kamu untuk tujuan verification sama ada gambar yang diberi sepadan atau tidak dengan MyKad.

“Jadi tolonglah pakai baju, jangan sekadar bersinglet atau langsung tiada benang di badan, terutama para wanita. Yang Muslimah pun jangan lupa bertudung. Sebab ramai ya, buat face verification dengan tanggapan benda tu cuma diperiksa robot. Jadi dia ambil gambar laju-laju, dalam keadaan santai di rumah sambil fikir tiada siapa yang akan nampak badan dia.”

image is not available

Peringatan itu turut disokong oleh seorang pekerja bahagian pematuhan dari salah satu syarikat eWallet. Melalui satu hantaran di media sosial, dia berkongsi pengalaman pernah menerima gambar yang tidak sesuai untuk pengesahan.

“Betul, sebab saya sendiri dari bahagian approval untuk registration. Bila review, ada yang bertudung tapi hanya berkemban. Kadang-kadang yang lebih dari tu pun ada.

“Saya part of the compliance team in one of the ewallet company. Handle unit e-KYC juga. Jadi, ada masa staff saya akan minta saya review kan bila dapat gambar yang macam ni. Yang kesian kadang, anak daftarkan untuk mak dia. Makcik tu just berserkup tapi, belah leher ke bawah terbuka and it was captured too. If those yang freehair, sometimes direct je dia ambik. And for man, selalu without shirt terpampang la segala benda. So, the system actually record the whole thing.”

image is not available

image is not available

Proses eKYC juga memerlukan bukti kehadiran nyata (liveness) bagi memastikan gambar yang dirakam bukan statik. Dalam beberapa kes, pengguna diminta merakam video selama tiga saat dengan melakukan pergerakan kepala untuk membuktikan bahawa mereka benar-benar hadir dan gambar tersebut bukan imej statik. Rakaman video ini bermula sebaik sahaja paparan kamera diaktifkan, merakam keseluruhan situasi.

Pengguna dinasihatkan agar memastikan pakaian yang sesuai dipakai sebelum memulakan proses pengesahan wajah bagi menjaga maruah diri dan memudahkan proses pengesahan dilakukan.

View Original Article