Staf Indoor Playground Dedah Ramai Ibu Ayah Tinggalkan Anak & Minta Pekerja Jaga

Family & Parenting
27 Nov 2025 • 1:22 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Jika dahulu taman permainan terbuka sering menjadi tumpuan untuk kanak-kanak bermain. Namun seiring masa berlalu kini taman permainan tidak hanya berada di luar sebaliknya turut diwujudkan dalam bangunan seperti pusat membeli-belah.

Antara perkara yang bagus apabila wujudnya taman permainan tertutup (indoor) di tempat membeli-belah, anak dapat bermain dalam keadaan yang selesa, sejuk dan keselamatan juga turut dijaga.

Namun kebiasaannya jika ke tempat permainan ini ia sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak mereka agar sebarang perkara tak diingini berlaku.

Sebelum ini, tular satu video memaparkan pasangan dimarahi oleh seorang lelaki kerana meninggalkan dua orang anak di taman permainan ‘indoor’ tanpa pengawasan selama dua jam.

Pekerja playground indoor dedah ramai ibu bapa ‘lepas tangan’ biar staf jaga

Susulan itu, seorang wanita yang juga pekerja di taman permainan indoor berkongsi pengalamannya ketika bekerja dan mendakwa memang ramai ibu ayah yang meninggalkan anak mereka bersendirian di taman berkenaan.

Jelas wanita itu menerusi hantaran di Threads, ibu bapa yang meningggalkan anak di taman tersebut turut menjangka para pekerja untuk menjaga anak mereka.

“Maaf cakap, kalau tak ramai okay lagi. Kalau hari minggu, waktu yang ramai orang, budak masuk berpuluh-puluh tak ada nak perasan sorang budak tengah buat apa. Jangan ingat semua pekerja boleh fokus anak kau 100%.

“Dah banyak kali budak panjat keluar tembok playground atau budak lari keluar bila pintu terbuka. Kami sebagai staf sangat risau! Tetapi awak sebagai ibu ayah boleh buat b*d*h? Tinggalkan dan jalan-jalan dekat mall?” soalnya lagi.

Ada ibu bapa yang ketawa bila diberitahu anak hampir hilang, ramai tak angkat call bila dihubungi untuk ambil anak

Katanya lagi mereka juga terpaksa mengejar anak-anak kecil yang bermain untuk masuk semula ke taman permainan berkenaan.

Malah dia juga ada berkongsi respon pelanggan yang hanya ketawa apabila dimaklumkan anak yang ditinggalkan hampir hilang sehingga membuatkan dia tidak tergamam.

“Kes anak nak terkencing dalam playground. Ada yang inform sebelumnya, ada yang tak. Yang mana beritahu saya cepat-cepat hubungi ibu bapa mereka untuk ambil dan bawa pergi tandas. Boleh cakap (katakan) 4/10 je yang angkat apabila dihubungi.

“Selebihnya 6/10 tak angkat (telefon). Kami mempunyai staf yang tidak mencukupi di kaunter dan sekarang salah seorang terpaksa teman bawa pergi tandas, buka seluar basuh (najis) anak kau. Ya kami buat kerana budak tu tak tahu buat sendiri.

“Dah jadi pengasuh tak berbayar. Lepas tu memang kena lah, aku tegur ibu bapa dia kenapa tak angkat telefon dan sebagainya.”

Bila tak dibenarkan tinggalkan anak tanpa pengawasan, ibu bapa marah pekerja

Jelasnya lagi untuk kanak-kanak bawah umur lima tahun telah ditetapkan peraturan mereka wajib ada penjaga. Namun ia sangat memenatkan apabila berurusan dengan ibu bapa yang tetap tidak mematuhinya dan enggan masuk untuk menjaga anak mereka.

Peraturan itu dilakukan kerana ingin mengelak daripada perkara tak diingini berlaku, malah mereka juga terpaksa berbahas dengan ibu bapa supaya tidak meninggalkan anak kecil namun respon diterima adalah kemarahan dari ibu ayah.

Ada yang tinggal anak berjam-jam tanpa makanan dan air

Bukan itu sahaja, katanya ada juga ibu bapa yang meninggalkan anak berjam-jam tanpa meninggalkan makanan dan langsung tidak melihat keadaan mereka kerana membeli-belah sehingga ada yang mengadu lapar dan dahaga.

“Walaupun bukan anak aku, tapi aku rasa kesian gila. Macam mana kau sebagai ibu ayah tergamak sampai hati kau buat macam tu dekat anak kau? Anak main lama penat mestilah dahaga kan? Air mineral botol pun tak tinggalkan.

“Dah suruh masuk, ibu ayah tak nak masuk juga. Lepas tu apabila sesuatu berlaku dekat anak mereka. Mereka ada keberanian marah staf balik. Ada satu ni aku ingat sampai sekarang, berlaku sembilan bulan lalu. ‘Kau orang ni kerja makan gaji buta je ke, tak reti nak tengok anak orang?’

“Ibu bapa marah staf sebab anak dia hampir tersembam muka masuk kolam ikan. Saya berlari tangkap anak dia, budak dua tahun. Kami jelaskan staf jaga kaunter dan boleh tengok-tengok macam tu je. Kami dah suruh masuk tadi kan? Lepas tu dia marah lagi,” ceritanya lagi.

View on Threads

Minta ibu bapa lebih bertanggungjawab dan jadikan isu viral sebagai kesedaran

Dia turut menyimpulkan sememangnya banyak kes ibu ayah tidak berfikiran panjang cuma ia tidak ditularkan.

Dia juga meminta agar ibu bapa menyayangi anak dan menjadi ibu ayah yang bertanggungjawab. Ini kerana sebagai pekerja mereka risau kepada anak-anak yang mempunyai ibu bapa dengan sikap begitu dan berharap isu viral ini membuatkan mak ayah sedar mengenai bahaya meninggalkan anak walaupun di taman permainan indoor.

Ramai setuju ada ibu bapa tinggalkan anak di indoor playground

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh wanita berkenaan.

Malah mereka menggesa ibu bapa untuk menguruskan anak-anak sendiri dan tidak mengharapkan orang lain.

Ada juga yang tidak menyangka ada ibu bapa yang sanggup melakukan perkara demikian kepada anak mereka.

Bahkan ada yang menyifatkan ibu bapa bukan meninggalkan anak mereka di pusat asuhan tetapi taman permainan indoor.

“Kena wujud ibu bapa benak macam ni”

image is not available


“Teruknyaaa, ni indoor playground bukan nursery”

image is not available

“Apa? Saya kalau ibu bapa dibenarkan masuk, saya masuk je. Saya tak beri tanggunngjawab tu kepada orang lain. Lain lah dah umur 14 tahun..”

image is not available

“Tolong bergaduh dengan ibu bapa macam ni. Kata je nak buat laporan polis atas kes pengabaian anak.”

image is not available