Staf kemalangan, Allahyarham Salahuddin Ayub sanggup tunggu dari malam hingga subuh di ICU

28 Jul 2023 • 4:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pemergian Menteri Perdagangan dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub minggu lalu masih dirasai seluruh rakyat Malaysia.

‘Menu Rahmah‘ yang diperkenalkan beliau nyata begitu dekat dengan rakyat Malaysia dan pastinya memberi pelbagai manfaat kepada semua.

Sanggup tunggu ketika kemalangan

Selain daripada kebaikan kepada rakyat, staf yang kerap berada disamping allahyarham turut berkongsi kisah sewaktu bekerja dengan beliau yang telah dianggap seperti seorang bapa.

Menurut @am.angah1111, Datuk Seri Salahuddin pernah menemaninya di hospital sewaktu mengalami kemalangan. Beliau sanggup menunggu dari tengah malam sehingga awal subuh bagi memastikan stafnya mendapat rawatan sebaiknya.

Bukan itu sahaja, allahyarham juga kembali menjengah @am.angah1111 pada siang harinya pula demi memastikan stafnya dalam keadaan stabil.

@am.angah1111

Kemalangan Sewaktu Kerja bersama DS@Salahuddin Ayub sanggup menunggu di Unit Kecemasan Dari Jam 12.30pagi Hingga Azan Subuh Kemudian Beliau Balik Rehat Sebentar Kemudian Naik Lagi Ke Wad Menemani Diriku #salahuddinayub #menterirahmah #fyp #viral #2023 #allahsayang #alfatihah

♬ suara asli – Adityaa – user83331280917

Sangat bertuah ada majikan yang prihatin

Video tersebut sebenarnya pernah dikongsikan pada tahun lalu dan dimuat naik semula sebagai satu ingatan diatas kebaikan allahyarham.

Pengguna TikTok itu mengucapkan ribuan terima kasih diatas jasa yang dicurahkan termasuklah memuji allahyarham yang sangat bertanggungjawab kepada staf-stafnya.

Sebak dengan kebaikan arwah

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berasa sebak dengan keprihatian yang ditunjukan ‘Menteri Rahmah” berkenaan kepada semua pihak sehingga akui masih sedih dengan pemergian beliau.

Mereka juga mendoakan agar allahyarham Datuk Seri Salahuddin ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman memandangkan beliau tetap berkhidmat untuk rakyat sehingga hembusan nafasnya yang terakhir.

image is not available

Ramai yang akui kebaikan beliau

 

image is not available

Patut kami yang tak kenal rapat pun sedih atas pemergian beliau

 

image is not available

Sumber: TikTok @am.angah1111