Standard Kebersihan Teruk, Restoran Nasi Kandar Terkenal Di Kuching Diarah Tutup Oleh KKM

20 Oct 2023 • 1:27 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sebuah restoran nasi kandar di Kuching terlalu kotor diarah tutup

Standard Kebersihan Teruk, Restoran Nasi Kandar Terkenal Di Kuching Diarah Tutup Oleh KKM. Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Kuching telah diarah tutup selama 14 hari bermula dari 19 Oktober hingga 1 November ini. Restoran tersebut yang terletak di Jalan Pending merupakan salah satu restoran nasi kandar paling popular di Kuching.

Menurut notis daripda pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penutupan restoran ini adalah kerana ia didapati tidak memenuhi spesifikasi kebersihan yang ditetapkan.

image is not available
Standard Kebersihan Teruk, Restoran Nasi Kandar Terkenal Di Kuching Diarah Tutup Oleh KKM. Sumber: Facebook

Restoran itu didapati kotor dan tidak menepati standard kebersihan yang ditetapkan oleh KKM.

Tindakan ini diambil bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pelanggan serta orang ramai terjamin.

image is not available
Gambar hiasan

Walaupun penutupan ini pastinya merugikan perniagaan restoran, ia penting bagi melindungi kesihatan awam.

Orang ramai dinasihatkan untuk memilih premis makanan yang menitikberatkan kebersihan.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/gara-gara-terlalu-kotor-kedai-nasi-briyani-terkenal-di-kuching-diarah-tutup/

https://www.iloveborneo.my/tidak-patuh-spesifikasi-kebersihan-sebuah-lagi-restoran-di-metrocity-diarah-tutup/