
Kota Kinabalu: Bekas jurulatih Stanley Chew mengetuai beberapa bekas pemain negeri menerima pengiktirafan atas sumbangan lalu mereka kepada pasukan bola sepak negeri pada majlis makan malam perjumpaan semula anjuran Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Negeri (Ex-State) di Hotel Meridien di sini, baru-baru ini.
Nama lain yang tersenarai ialah Chan Man Hueng, John Pang, Dilbagh Singh, Datuk Saidun Basnie, Michael Jainul, Joseph Liew, Ma Ting Kiong, Mahmud Mohsin, Lucy Ahing, Ku Eng Huat and Ahmad Idris.
Presiden Ex-State Datuk James Wong berkata lebih 100 ahli hadir ke acara tahunan itu dengan Mohd Asneh Noor dari Majlis Sukan Sabah sebagai tetamu kehormat.
“Sangat menggalakkan untuk melihat begitu ramai wira kita yang lalu berkumpul dalam satu bilik kerana sebahagian daripada mereka tidak berjumpa selama beberapa dekad.”James juga berkata Mesyuarat Agung Tahunan Ex-State Ke-8 yang dipengerusikan oleh dia sendiri telah berlangsung dengan jayanya lebih awal pada hari tersebut di Wisma Muis.
“Dalam mesyuarat itu, kami membincangkan bagaimana persatuan ini boleh menyumbang lagi kepada pembangunan bola sepak di negeri ini berikutan kejayaan klinik kami yang diadakan di Sook, Keningau dan Ranau baru-baru ini dan juga program mingguan yang diadakan di padang Sukma,” katanya.

