
KENINGAU: Parti Solidariti Tanah Airku (Star) tetap dengan pendiriannya untuk terus kekal dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.
Timbalan Presidennya Datuk Robert Tawik menegaskan bahawa Star tidak akan keluar daripada GRS, walaupun terdapat spekulasi bahawa parti itu bersama Parti Bersatu Sabah (PBS), mungkin meninggalkan gabungan untuk bertanding secara solo selepas penubuhan PBStar.
Beliau berkata, GRS ditubuhkan berdasarkan aspirasi rakyat Sabah yang mahukan perpaduan antara parti-parti tempatan bagi mencapai kestabilan politik di negeri ini.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Penubuhan GRS pada 11 Mac 2022 merupakan satu langkah besar ke arah perpaduan dan kematangan politik di Sabah.
“Ia mencerminkan semangat muafakat dan keikhlasan semua pihak yang terlibat untuk mengetepikan perbezaan demi negeri tercinta ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Tegasnya, kepimpinan gabungan ini berada dalam keadaan terbaik dengan kombinasi pengalaman antara Presiden Star Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan dan Ketua Menteri yang juga Pengerusi GRS serta Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
“Gabungan dua tokoh hebat ini bukan sahaja berjaya mewujudkan kestabilan politik di negeri ini, tetapi turut menjadikan GRS sebuah gabungan yang dihormati dan disanjungi, termasuk oleh Kerajaan Persekutuan.
“Kemampuan mereka dalam memperjuangkan hak-hak Sabah telah membuahkan kejayaan besar, termasuk pemulihan pelbagai hak negeri yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.
Beliau berkata Star yang kini memegang enam kerusi Dewan Undangan Negeri yakin bahawa sokongan akar umbi terhadap GRS adalah sangat kukuh dan akan terus menyumbang kepada kejayaan gabungan itu dalam PRN17 akan datang.
“Kami akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan mandat rakyat dikekalkan dan Kerajaan GRS terus dipercayai untuk mentadbir.
“Hanya dengan kestabilan kerajaan yang berterusan, lebih banyak pembangunan, peluang ekonomi dan insentif kebajikan dapat disampaikan kepada rakyat Sabah dari segenap lapisan masyarakat,” tegasnya.
Robert turut menyeru semua penyokong dan ahli parti serta rakyat Sabah agar terus berdiri teguh bersama GRS demi sebuah negeri yang maju, berdaya saing dan bermaruah.
