
PENAMPANG: Kepimpinan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah perlu memperkukuh komunikasi dan hubungan sesama ahli dan rakyat khususnya golongan belia dan veteran.
Presiden Star Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata rakyat dan ahli parti di pelbagai peringkat memerlukan bimbingan dalam bentuk ilmu, kemahiran dan bantuan untuk melaksanakan program itu.
“Ahli parti perlu melaksanakan pelbagai program dengan lebih berkesan seperti ekonomi dan pembangunan,” katanya, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah.
Beliau berkata demikian merujuk kepada ucaptama Naib Presiden Datuk Annuar Ayub Aman @ Banand bertajuk ‘Memperkasakan Komunikasi’ semasa Konvensyen Kebangsaan Star di ITCC, baru-baru ini.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Dalam ucaptamanya, Annuar menyarankan pelaksanaan program latihan kepimpinan dan pengurusan di semua peringkat parti bagi memberi kemahiran dan pengetahuan melibatkan golongan muda dan warga emas.
Menurut Annuar, Star perlu mengambil kira potensi besar anak muda dalam melakukan perubahan, justeru mereka perlu melibatkan diri secara aktif agar pandangan, idea dan tenaga mereka dapat diterapkan dalam kepimpinan parti.
“Pelaksanaan program boleh merangkumi pelbagai inisiatif seperti forum belia, bengkel, bimbingan dan program berasaskan komuniti,” kata Annuar yang juga Pengerusi Perbadanan Tenaga Sabah (SEC).
Annuar seterusnya mencadangkan pelaksanaan program Wireamas (veteran) di setiap peringkat dan bahagian mengambil kira pengaruh dan pengalaman kumpulan berkaitan terhadap rakyat.
Beliau berkata, program Wireamas dapat memberi ruang kepada usaha menyatupadukan ahli parti pelbagai latar belakang, mengeratkan hubungan dan mengeratkan solidariti dalam parti dan rakyat.
Annuar melihat dekad mendatang dipenuhi dengan pelbagai situasi politik tidak menentu, justeru kepimpinan Star perlu melakukan perubahan untuk menyesuaikan diri dengan situasi itu seiring dengan perkembangan semasa.
“Pelbagai kejayaan telah kita lalui, tetapi jangan leka dengan komunikasi, perhubungan dan urus tadbir parti yang turut menuntut perubahan seiring dengan perubahan semasa,” katanya.
Annuar menambah, Star bukan lagi parti pembangkang tetapi parti kerajaan yang mempunyai tugas dan tanggungjawab besar untuk melaksanakan tugas kepada rakyat.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


