Starbucks Di Tawau Diconteng, Polis Nasihat Hentikan Provokasi

19 Apr 2024 • 10:10 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Premis cawangan jenama kopi antarabangsa, Starbucks di Jalan T2, Tawau, Sabah diconteng dengan cat sembur oleh dua individu dengan perkataan “Free Palestine”, pagi semalam.

Memetik laporan Free Malaysia Today, perbuatan vandalisme itu disedari kira-kira 8.30 pagi oleh penyelia tapak bangunan sebelum pengurusan syarikat jenama kopi itu membuat laporan polis.

image is not available

Foto: Free Malaysia Today

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira 12.30 tengah hari.

“Semakan melalui rakaman CCTV mendapati dua individu disyaki melakukan perbuatan itu dengan menggunakan cat sembur namun imejnya kurang jelas.

“Polis giat mengesan suspek yang terbabit dalam kes ini dan sekiranya dikenali pasti, tindakan undang undang akan diambil,” katanya.

image is not available

Foto: Utusan Borneo Online

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai atau mana-mana individu supaya tidak mencetuskan provokasi termasuk membuat contengan di dinding premis.

“Polis giat mengesan suspek yang terbabit dalam kes ini dan sekiranya dikenali pasti, tindakan undang undang akan diambil,” ujarnya lagi.

Terdahulu, gambar premis berkenaan yang diconteng dikesan mula tular di media sosial hari ini, selain mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

image is not available

Foto: The Star

Sebelum ini, pengasas Berjaya Corp Bhd, Vincent Tan, baru-baru ini menggesa orang ramai agar berhenti memboikot Starbucks Malaysia kerana tindakan itu hanya menjejaskan rakyat tempatan yang bekerja di situ.

Beliau memberitahu bahawa hampir 85% pekerja Starbucks Malaysia beragama Islam dan tiada warga asing diambil bekerja di ibu pejabat syarikat itu.