Starbucks M’sia Memperkasakan Artis Termasuk Komuniti Kecacatan Pendengaran & Autisme Serta Sumbangan Tabung Bantuan Gaza

24 Jun 2024 • 3:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sempena ulang tahun ke-25 Starbucks di Malaysia, Starbucks Malaysia telah melancarkan kempen “Starbucks Brewing Art for Good: The Bearista Project” yang melibatkan artis daripada universiti tempatan serta komuniti kurang upaya, Pendengaran (Pekak) dan Austisme.

Kolaborasi ini memperlihatkan setiap artis mereka-cipta “Bearista” bersaiz besar, patung ikonik Starbucks mengikut kreativiti mereka masing-masing. Starbucks Malaysia sejak dahulu lagi telah melancarkan beberapa inisiatif yang melibatkan komuniti ini daripada segi peluang pekerjaan sehinggalah menyerlahkan bakat-bakat kreatif artis tempatan.

image is not available

Majlis pelancaran “Starbucks Brewing Art for Good: The Bearista Project” yang berlangsung di Pavilion Damansara Heights mempamerkan 12 rekaan dan selebihnya dijangka pada Disember 2024. Kesemua karya ini akan dipamerkan di beberapa cawangan Starbucks terpilih di seluruh Malaysia.

Edisi mini Bearista ini boleh dibeli bermula 25 Jun, dan akan diperkenalkan setiap bulan dengan rekaan yang berbeza sehingga Disember 2024.

image is not available

“Kami berbesar hati bekerjasama dengan artis-artis hebat ini, memperluaskan karya mereka kepada secara global,” kata Dato’ Sydney Quays, Ketua Eksekutif Kumpulan Berjaya Food Berhad dan Pengarah Urusan Berjaya Starbucks.” Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan bahawa inisiatif ini bertujuan menyokong komuniti ini dimana, setiap daripada hasil jualan mini-Bearista akan disalurkan kepada artis yang terlibat dan serta kepada dana kemanusiaan Gaza yang dipimpin oleh MERCY Malaysia.

Sebagai sebahagian inisiatif sempena sambutan ulang tahunnya, Starbucks Malaysia telah melancarkan laman web eksklusif yang memaparkan update terkini tentang Projek Bearista, profil artis, wawancara video, barangan istimewa, dan banyak lagi. Untuk berita terkini dan tawaran, lawati http://www.starbucks.com.my/25

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved